Thursday, September 20, 2012

NASIHAT IMAM AL-HADDAD


DIWAN IMAM AL-HADDAD

Jika kau ingin hidup bahagia sepanjang umur dan setelah mati.kuburmu dijadikan taman syurga,Dan engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangka-kala dalam kedaan aman dari rasa takut,terancam,terusir dan dari kerugian,Dan dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan,diberi khabar gembira oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala,Dan diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau di Padang Mahsyar,Dan engkau melintasi sepantas kilat titian ash-shirath,serta meneguk minuman dari telaga Nabi AL-Mushtofa yang suci,Dan hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh kenikmatan,mendapat bahagian untuk dekat dengan Tuhan yang Satu,Maha Esa dan Tunggal,Dan engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat,dari kaifiyyat,dari had dan batasan,Maka perelokkan keyakinanmu,kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna,yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari,Dan jadikanlah Asy'ariyyah sebagai i'tiqadmu,kerana sesungguhnya ia adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran ..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.